Pendidikan prasekolah adalah tahun-tahun kritis dan asas kepada peringkat pendidikan selanjutnya serta menentukan kejayaan hidup seseorang individu. Kajian mengenai kesan prasekolah membuktikan bahawa pendidikan prasekolah dapat meningkatkan perkembangan kognitif, sosial dan personaliti kanak-kanak dan mempunyai dua kesan positif, iaitu jangka panjang dan pendek. Kanak-kanak yang menghadiri tadika mempunyai keyakinan lebih tinggi, mengalami kurang kegagalan dan dapat menjawat jawatan lebih baik berbanding dengan kanak-kanak yang tidak menghadiri tadika. Pendidikan prasekolah dapat membantu kanak-kanak yang lemah dalam pembelajaran. pendidikan prasekolah juga dapat mendidik kanak-kanak berdikari apabila memasuki tahun satu. Ini dapat mengurangkan beban kepada guru tahun satu
0 Comments:
Post a Comment